bantuan perniagaan kerajaan
Pastikan anda tahu mengenai bantuan perniagaan yang kerajaan kita tawarkan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana.

Setelah pembentangan Bajet 2022, kerajaan Malaysia telah menawarkan pelbagai jenis bantuan perniagaan dan inisiatif untuk para peniaga dan perusahaan mikro. Namun, terdapat sebahagian besar rakyat Malaysia dalam bidang perniagaan yang sebenarnya masih tidak sedar akan skim pembiayaan yang diberi kerajaan Malaysia.

Tak perlu risau, kami kan ada! Walaupun terdapat pelbagai jenis bantuan perniagaan di Malaysia, hari ini kami akan menekankan mengenai 5 bantuan perniagaan ini.

5 Bantuan Perniagaan Kerajaan di Malaysia

1. Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF)

Untuk menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana menerapkan amalan kelestarian agar daya tahan perniagaan boleh ditingkatkan. Ia selaras dengan matlamat kerajaan untuk mencapai sasaran ekonomi pelepasan karbon sifar bersih pada tahun 2050.

Jumlah pembiayaan maksimum di bawah program ini adalah sehingga RM10 juta untuk 10 tahun bagi membantu pembangunan usahawan. PKS yang berminat boleh memohon bantaun perniagaan kerajaan ini kerana ia terbuka untuk semua sektor yang berminat untuk beralih ke arah operasi perniagaan rendah karbon dan lestari.

2. BSN Micro Semarak

Sebagai kemudahan pinjaman mikro kepada usahawan mikro, bantuan ini ditawarkan untuk mereka sebagai modal kerja dan pembelian aset. Anda boleh mendapat jumlah pinjaman sehingga RM50,000 untuk 5.5 tahun termasuk 6 bulan pertama moratorium ke atas pembayaran ansuran bulanan.

3. Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF)

MyCIF ini ditubuhkan sebagai pelaburan dalam Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana serta Perusahaan Sosial. Ia juga membantu pelabur swasta melalui platform Equity Crowdfunding (ECF) dan Pembiayaan Peer-to-peer (P2P).

Dana ini adalah untuk menetapkan mekanisma perkongsian awam-swasta sebagai pembiayaan modal berisiko tinggi. Bantuan kewangan ini juga menarik pelabur swasta dan mendorong pertumbuhan lebih lanjut di pasaran pembiayaan alternatif.

4. Wakaf Halal PKS

Bantuan Wakaf Halal merupakan program pembiayaan berjumlah sehingga RM25,000 bagi pembiayaan pembelian peralatan dan mesin. Oleh kerana program ini berbentuk “evolving fund”, penerima pembiayaan akan membuat bayaran balik secara bulanan dan dana tersebut akan digunakan untuk membiayai permohonan-permohonan baharu.

Sekiranya anda mempunyai PKS yang berpotensi untuk berkembang, program Wakaf Halal merupakan pilihan terbaik bagi anda.

5. MYSTARTUP

Dengan kemunculan pelbagai jenis syarikat start-up, kerajaan Malaysia mewujudkan program MYSTARTUP sebagai intervensi dalam mewujudkan portal maklumat bagi memudahkan proses penetapan hala tuju syarikat startup.

Ia bertujuan untuk memperbanyakkan syarikat startup di negara kita justeru mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Hah, walaupun 5 bantuan perniagaan kerajaan di atas ini penting, terdapat pelbagai jenis bantuan kewangan perniagaan ditawarkan oleh kerajaan Malaysia. Sebagai contoh, TekunNiaga daripada agensi Tekun Nasional khas untuk para peniaga wanita dengan jumlah pinjaman sehingga RM20,000.

Sebagai usahawan atau seorang yang berminat untuk menjadi usahawan, anda perlu sentiasa melakukan kajian mengenai bantuan perniagaaan yang ditawarkan oleh kerajaan. Dengan itu. perniagaan anda boleh berkembang dengan lebih efisien.

Leave a Reply

Your email address will not be published.