Pakaian muslimah boleh digayakan mengikuti citarasa setiap orang. Lebih suka baju kurung yang tradisional? Pakailah dengan keyakinan! Ingin mengikuti trend-trend terkini dan memakai baju kebaya dengan seluar jeans kegemaran anda? Boleh! Dengan revolusi pakaian muslimah tradisional, terdapat banyak gaya baju kurung, baju jubah, dan baju kebaya yang boleh anda mencuba waktu menyambut apa-apa pun perayaan yang akan datang.
Baju kurung merupakan pakaian tradisional dan sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak mengira kaum dan usia. Pakaian ini berasal dari Semenanjung Tanah Melayu, dan secara tradisional dipakai oleh wanita Melayu di Indonesia, Brunei, Singapura, Malaysia dan Thailand. Kini, industri fesyen telah mengembangkan potensi pakaian ini untuk memadankan dengan zaman moden terkini. Baju kurung moden telah diubahsuai supaya kelihatannya lebih menarik dan beragam manakala ciri-ciri keasliannya dapat dikekalkan. Di Malaysia, baju kurung moden menggabungkan hiasan-hiasan seperti chiffon, renda, bunga dan sulaman.
Pakaian muslimah moden yang juga disukai ramai adalah baju jubah. Sebagai fesyen orang muslim, baju jubah mempunyai potongan yang menutupi bahagian tubuh dengan betul. Dari segi rekaan, baju jubah terdiri daripada potongan lengan panjang dan gaun panjang. Seperti baju kurung moden, ia boleh digayakan dengan citarasa sendiri dan amat beragam. Wanita yang lebih suka corak yang ringkas boleh memilihkan baju jubah yang lebih minimal. Untuk wanita yang ingin menampilkan citarasa dan gaya diri boleh memilih baju jubah moden yang diperbuat dengan campuran dan kombinasi warna terang.
Fesyen baju kebaya moden juga merupakan salah satu pakaian yang makin mendapat perhatian di kalangan wanita muda di Malaysia. Pakaian ini tidak sekadar baju yang dipakai untuk majlis perkahwinan dan makan malam. Baju kebaya moden boleh digayakan untuk ke pejabat ataupun ke majlis buka rumah. Untuk wanita-wanita yang tidak beberapa meminati pakaian skirt panjang, anda mestilah mencuba baju kebaja. Ini kerana iaa bukan sahaja boleh dipakai dengan skirt, ia boleh dipadankan bersama dengan apa-apa seluar panjang yang sesuai. Potongannya yang mengikuti bentuk badan dapat menonjolkan kecantikan wanita-wanita sambil mengekalkan keanggunan pakaian muslimah seperti ini.
Fesyen baju kebaya dengan rekaan lehernya berkolar dan berkancing merupakan salah satu gaya yang banyak dipakai oleh wanita moden Malaysia, terutamanya di negeri Pahang. Selain gaya itu, baju kebarung juga merupakan salah satu pilihan ramai untuk pakaian muslimah moden. Konsep fesyen ini menggabungkan ciri-ciri baju kebaya dengan baju kurung, tetapi potongannya lebih longgar dan biasanya dipadankan dengan kain batik yang berwarna sama.
Walaupun rekaan moden ini berbeza, elemen tradisional Islam semua dikekalkan. Ketiga-tiga pakaian adalah selesa, manis dipakai dan pilihan pada zaman ini penuh dengan pelbagai corak dan warna. Pilihlah yang baju kurung yang bercorak bunga, baju jubah yang bercorak polka dot, ataupun baju kurung yang bercorakan stripes. Kepada para wanita, selamat membeli belah pakaian muslimah moden anda!